Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

Gelang Patah ialah sebuah pekan terletak di Daerah Johor Bahru, Johor, Malaysia. Pekan ini di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah. Kini namanya semakin megah dan kian popular dengan pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar. Namanya juga terkenal disebabkan oleh "otak-otak Gelang Patah", sejenis makanan yang popular di Johor. Antara tempat yang menjadi mercu tanda Gelang Patah ialah jambatan Laluan Kedua Malaysia-Singapura dan Pelabuhan Tanjung Pelepas. Gelang Patah juga terkenal dengan restoran-restoran makanan lautnya yang yang menjadi tumpuan ramai penduduk tempatan serta penduduk Singapura.

Taman Desa Paya Mengkuang pula terletak di bawah taman perumahan dan kampung Gelang Patah. Terdapat pelbagai taman dan kampung yang ada selain Taman Desa Paya Mengkuang.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017

Hari Terbuka PI1M Desa Paya Mengkuang

Aktiviti Terkini | 23 September 2017

Hari Terbuka yang dijalankan ini mendapat kerjasama dan sokongan dari KRT Desa Paya Mengkuang, Masjid Jamek Al-Irsyad dan Balai Polis Tanjung Kupang... baca selanjutnya

Majlis Perasmian PI1M Taman Desa Rakyat Perdana, Johor

Aktiviti Terkini | 12 Ogos 2017

Bertujuan untuk penyatuan kepada penduduk sekitar dan komuniti setempat dalam program seperti ini merapatkan ukhwah sesama jiran... baca selanjutnya

Lawatan Kerja YBhg. Dato' Mohid Mohamed, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia(Dasar)

Aktiviti Terkini | 5 Ogos 2017

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengadakan lawatan ringkas di PI1M Desa Paya Mengkuang dan beramah mesra bersama para staf serta usahawan-usahawan PI1M yang hadir... baca selanjutnya

Program Digi-Petrosains Robotic Program 2017(Qualifying Round)

Aktiviti Terkini | 3 Ogos 2017

Enam buah sekolah terpilih bertanding untuk menjadi wakil negeri Johor ke Pertandingan Robotik antara negeri... baca selanjutnya

Program ICT Games School Challenge

Aktiviti Terkini | 22 Julai 2017

Penggunaan internet kini berkembang pesat seiring dengan keperluan masyarakat yang memerlukan internet sebagai medium meningkatkan ilmu, ekonomi dan taraf sosial jika ia dimanfaatkan sebaiknya... baca selanjutnya

Majlis Perasmian PI1M Taman Sayong Pinang

Aktiviti Terkini | 15 Julai 2017

Majlis Perasmian dan Sambutan Hari Raya PI1M Taman Sayong Pinang. Sukaneka diadakan pada sebelah pagi, dan Majlis Perasmian serta Sambutan Hari Raya diadakan pada sebelah petang majlis... baca selanjutnya

Program Ihya Ramadhan

Aktiviti Terkini | 12 Jun 2017

Program Ihya Ramadhan ini dijalan sempena menyambut bulan mulia iaitu bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan rasanya tidak lengkap jika tiada masakkan bubur lambuk dan agihan bubur lambuk. Dengan itu, Pusat Internet 1 Malaysia dan Kumpulan Rukun Tetangga ambil langkah berkerjasama menyambung tradisi dengan memasak dan menggagihkan bubur lambuk kepada penduduk sekitar Desa Paya Mengkuang... baca selanjutnya

Program Jalinan Ukhuwah Ramadhan

Aktiviti Terkini | 10 Jun 2017

Program ini untuk merapatkan hubungan PI1M dengan Persatuan NGO, Korporat dan penduduk setempat dan menambah nilai ilmu berkaitan kesedaran penggunaan ICT dan perbankan online secara bijak kepada orang ramai... baca selanjutnya

Program Jom Klik Dengan Bijak

Aktiviti Terkini | 20 Mei 2017

Para pelajar kini terdedah dengan penggunaan internet sehingga ibu bapa dan guru tidak mampu mengawal pergerakan pelajar. Penyalahgunaan internet mampu menimbulkan pelbagai Program ini adalah salah satu langkah untuk mendidik para pelajar bagi menggunakan internet dengan bijak... baca selanjutnya

Program Keselamatan Internet(Klik Dengan Bijak) & Kesedaran Antidadah

Aktiviti Terkini | 28 April 2017

Para pelajar kini terdedah dengan penggunaan internet sehingga ibu bapa dan guru tidak mampu mengawal pergerakan pelajar. Penyalahgunaan internet mampu menimbulkan pelbagai Program ini adalah salah satu langkah untuk mendidik para pelajar bagi menggunakan internet dengan bijak... baca selanjutnya

Program Robotik Digi-Petrosains 2017 Peringkat Negeri Johor

Aktiviti Terkini | 28 - 30 Mac 2017

Program Robotik DIGI-Petrosains merupakan kerjasama antara DIGI Telecommunications Sdn Bhd dengan Petrosains dalam memperkenalkan program... baca selanjutnya

Program Pertandingan “Smart English”

Aktiviti Terkini | 24 Mac 2017

Program smart English ini diadakan bertujuan bagi menarik minat pelajar untuk menguasai Bahasa Inggeris. Walaupun bahasa Inggeris bukan bahasa rasmi di Malaysia, ia sering digunakan sebagai... baca selanjutnya

Program Pertandingan Mencipta Poster

Aktiviti Terkini | 25 Februari 2017

Program ini bertujuan untuk menyerlahkan kreativiti yang ada pada diri peserta agar ia mampu memberi manfaat kepada para peserta sendiri pada masa akan datang... baca selanjutnya

Program Permainan Tradisional

Aktiviti Terkini | 27 Januari 2017

Menarik minat masyarakat zaman sekarang dengan permainan tradisional zaman dahulu... baca selanjutnya

KELAS ICT SEPANJANG TAHUN 2016

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Di PI1M Taman Desa Paya Mengkuang ada menyediakan kelas latihan komputer (ICT) secara PERCUMA kepada semua ahli. Tujuan kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kadar penggunaan internet di kalangan masyarakat khususnya masyarakat luar bandar. Program ini juga diharapkan dapat menarik minat komuniti setempat untuk mengikuti sebarang aktiviti yang di anjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia Taman Desa Paya Mengkuang seperti kelas komputer dan sebagainya...

Klik Dengan Bijak(KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan... baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan... baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunka... baca selanjutnya

Latihan Usahawan PERCUMA !!

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Orang Ramai Boleh Menghubungi PI1M Berdekatan Bagi Mendapatkan Maklumat Lanjut Dan Urusan Pendaftaran Latihan... baca selanjutnya